Private Sales Training (PST) - Syarikat Jaafar Rawas Kota Bharu
- April 15, 2026
TTJ PRO SERVICES telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Private Sales Training (PST) bersama Syarikat Jaafar Rawas Kota Bharu pada 15 April 2026.
Latihan ini dirangka khas untuk membantu pasukan jualan memperkukuh kemahiran komunikasi, teknik closing, pengurusan pelanggan dan strategi jualan yang lebih tersusun. Pendekatan latihan yang praktikal dan interaktif ini memberi fokus kepada peningkatan keyakinan, prestasi jualan serta keberkesanan pasukan dalam mencapai sasaran syarikat.